• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

BIEBER NAFI TUDUHAN SEKSUAL

Penyanyi Justin Bieber mengambil serius isu dia dituduh buat gangguan seksual oleh dua wanita


Back To Whats Hot

Penyanyi Justin Bieber mengambil serius isu dia dituduh buat gangguan seksual oleh dua wanita dan memaklumkan sedia mengambil tindakan undang-undang berhubungnya.

Justin, 26, berkata dia selalunya enggan ambil kisah berkenaan tuduhan luar sebegitu namun memutuskan untuk bersuara serta menegakkan kebenaran terhadapnya.

"Biasanya, saya tidak mahu bersuara disebabkan sudah berdepan pelbagai tuduhan liar sepanjang karier saya. Tapi selepas berbincang dengan isteri dan pengurusan, saya memutuskan untuk buka mulut terhadap isu itu.

"Khabar angin adalah khabar angin, namun saya tidak mengambil isu penderaan seksual secara remeh. Saya mahu serta-merta bersuara mengenainya tapi demi menghormati mangsa yang pernah terkena, saya kena kumpul fakta sebelum bagi kenyataan.

"Segala tuduhan berkenaan gangguan seksual perlu diambil serius dan inilah sebabnya respon saya diperlukan. Bagaimanapun, fakta dalam tuduhan itu sangat mustahil dan saya akan bekerjasama dengan Twitter serta pihak berkuasa untuk ambil tindakan undang-undang," ciapnya di Twitter.

Semalam, dua wanita tampil membuat tuduhan pernah diganggu secara seksual oleh penyanyi Sorry itu. Wanita pertama mendakwa Justin mencabulnya pada 2014, dan wanita kedua pula mengatakan dia dicabul pada 2015.

Justin kemudiannya memuat naik beberapa ciapan dengan menyertakan bukti di mana keberadaannya sewaktu insiden 2014 itu mengambil tempat. Dia ternyata memiliki alibi kukuh untuk membuktikan dakwaan wanita itu tidak benar.

Bagaimanapun, dia belum tampil dengan sebarang bukti untuk tuduhan berhubung insiden 2015. Menurut satu sumber terdekat, kedua tuduhan berkenaan adalah sama sekali tidak benar.

Sumber: Harian Metro
oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my