WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

WANI KAYRIE MINTA MAAF, PADAM VIDEO TIKTOK

Enggan memanjangkan kontroversi, Wani memadam video TikTok di Instagram susulan kecaman netizen


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Niat Wani Kayrie berkongsi klip video tarian dengan wajah disolek hitam melalui aplikasi TikTok sebagai hiburan, membawa padah apabila dikecam netizen.

Wani atau nama sebenar, Syazwani Abdullah, 20, dituduh tidak sensitif dan bersikap perkauman melalui video yang didakwa dirakam pelakon dan penyanyi itu ketika menjalani penggambaran drama, Dayang Senandung, terbitan Zeel Production Sdn Bhd.

Tambah hangat, petisyen mendesak penerbitan drama terbabit dihentikan gara-gara video tular itu, diwujudkan. Sehingga kini, lebih 3,000 tandatangan sudah terkumpul.

Isu Wani hangat ketika dunia kecoh dengan kes pembunuhan lelaki kulit hitam yang dikenali sebagai George Floyd, ketika ditahan polis di Minneapolis, Amerika Syarikat (AS), bulan lalu.

Akui Wani, dia tidak berniat mempersendakan mana-mana individu dalam perkongsian itu.

"Saya memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan isu ini. Saya tidak sangka niat berkongsi video di aplikasi TikTok sekadar suka-suka, rupanya tidak disenangi.

"Jujurnya, ia bukanlah sengaja dirancang dan saya tidak berniat mempersendakan mana-mana kaum," katanya kepada BH Online.

Wani berkata, rakaman video itu dibuat ketika dia menjalani penggambaran drama Dayang Senandung yang diambil dari kisah rakyat berlatarkan 1965.

"Bagaimanapun, saya terima kecaman netizen. Cuma bagi saya, permintaan supaya menghentikan penggambaran adalah tidak wajar kerana ia bukanlah keputusan yang mudah untuk sesebuah produksi.

"Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dalam pelbagai aspek. Saya benar-benar memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan isu ini," katanya.

Tidak mahu memanjangkan cerita, Wani 'memadam' video TikTok di Instagram. Malah, syarikat pengurusannya, Suria Records Sdn Bhd turut tampil membuat permohonan maaf.

Sumber: Berita Harian
oleh Serimah Mohd Sallehuddin
bhhip@bh.com.my
NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman