WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

TARIKH TAYANGAN MATRIX 4, GODZILLA VS KONG DITANGGUHKAN

Matrix 4 dan Godzilla vs Kong antara yang terpaksa ditangguhkan tayangan kerana COVID-19


Back To Whats Hot

Memandangkan pandemik COVID-19 masih belum reda, syarikat Warner Bros telah mengambil langkah menukar tarikh tayangan bagi beberapa filemnya terbitannya bagi tahun 2020 dan 2021.

Tarikh tayangan filem Matrix 4, yang penggambarannya kini terhenti, ditukar dari 21 Mei 2021 ke 1 April 2022.

Filem itu sedang menjalani penggambaran di Berlin ketika perintah berkurung dimulakan Mac lalu, namun penggambarannya dijadualkan kembali bersambung bulan depan.

Matrix 4 diarahkan oleh Lana Wachowski dan akan menjadi sekuel pertama filem berkenaan selepas hampir 20 tahun.

Ia akan dibintangi dua pelakon asalnya, Keanu Reeves dan Carrie-Anne Moss.

Filem lain yang turut ditangguhkan tayangannya ialah Godzilla vs Kong yang sepatutnya ditayangkan pada 20 November tahun ini, akan hanya menemui penonton pada 21 Mei 2021.

Tarikh tayangan untuk sebuah lagi filem dinanti ramai, Tom & Jerry, juga dianjakkan dari 23 Disember 2020 ke 5 Mac 2021.

Sumber: AWANI
oleh Madiha Abdullah