WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

ADLINA MARIE TETAMU ISTIMEWA HAQIEM RUSLI

Tidak dapat melancarkan lagu baharu pada hari jadi, Selasa ini, Haqiem Rusli tunggu Ogos depan untuk perkenalkan Adlina Marie


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Hasrat Haqiem Rusli melancarkan single terbaharu, Adlina Marie sempena hari jadi yang ke-23, lusa, tidak kesampaian akibat penularan COVID-19.

Haqiem memberitahu, semua perancangan untuk melancarkan single berkenaan termasuk penggambaran video muzik, terbantut berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu.

Mengangkat kisah benar kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dikenali sebagai Adlina Marie rindukan bapa yang terkorban dalam kemalangan, Haqiem merancang melancarkan single berkenaan, Ogos depan.

"Insya-Allah, saya berhasrat mengundang adik Adlina ke majlis pelancaran.

"Selepas menonton video tular yang dikongsi ibu saudara Adlina di Twitter, saya hubungi beliau untuk meminta kebenaran menjadikan Adlina sebagai inspirasi single terbaru ini.

"Saya juga hubungi ibu Adlina. Tetapi masih belum berpeluang berjumpa mereka berikutan keterbatasan akibat PKP," katanya kepada BH Online.

Mengenai aktivitinya sepanjang tempoh PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Haqiem berkata, 10 persembahan yang sepatutnya dijayakan sejak Mac lalu, dibatalkan.

Namun, kata Haqiem, dia bernasib baik kerana terikat dengan komitmen bersama produk elektronik.

Sehubungan itu, Haqiem banyak membuat rakaman kempen mempromosikan produk terbabit sejak tiga bulan lalu.

Penyanyi Tergantung Sepi ini juga bersyukur kerana mempunyai tabungan untuk menampung kehidupan.

"Saya beruntung kerana mempunyai wang simpanan. Jadi, tidaklah terasa walaupun masa banyak dihabiskan di rumah.

"Saya berdoa dan berharap COVID-19 akan lenyap. Saya juga akan bekerja keras selepas tiga bulan kerjaya nyanyian terjejas," katanya.

Sumber: Berita Harian
oleh Serimah Mohd Sallehuddin
bhhip@bharian.com.my
Foto IG Haqiem Rusli