WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

AHLI GUSTI JEPUN YANG JUGA BINTANG NETFLIX, HANA KIMURA MENINGGAL DUNIA PADA USIA 22 TAHUN

Berita kematian Kimura disahkan oleh Stardom Wrestling, organisasi yang menaungi ahli gusti wanita


Back To Whats Hot

Ahli gusti profesional Jepun, Hana Kimura yang juga bintang program realiti Netflix, Terrace House, dilaporkan meninggal dunia pada usia 22 tahun.

Berita kematian Kimura disahkan oleh Stardom Wrestling, organisasi yang menaungi ahli gusti wanita tersebut pada Sabtu.

Bagaimanapun punca kematiannya tidak diketahui dengan jelas.

Dilaporkan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, gadis itu membuat perkongsian di media sosial yang memberi gambaran bahawa dia telah menjadi seorang mangsa buli siber.

Kemas kini terbaharu di Instagram Story miliknya pada Jumaat memaparkan gambarnya bersama kucingnya, dengan kapsyen yang berbunyi "selamat tinggal".

Kimura yang juga pemenang Anugerah Fighting Spirit Stardom 2019, adalah salah seorang bintang Terrace House, sebelum rancangan itu ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.

Ibunya Kyoko Kimura juga merupakan seorang ahli gusti terkenal.

Sumber: mStar
oleh Iwan Shu-Aswad Shuaib