WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

IR RADZI DEDIKASI 'INDAHNYA RAMADAN' BUAT PERWIRA BARISAN HADAPAN

Lagu ini tercipta ketika kita sama-sama diuji dengan pandemik COVID-19


Back To Whats Hot

KUCHING: Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum berlabuhnya tirai Ramadan. Sambutan bulan mulia itu kali ini cukup berbeza.

Ia hadir ketika seluruh dunia sedang berperang menentang musuh yang tidak kelihatan iaitu COVID-19.

Sepanjang Ramadan ini jugalah petugas barisan hadapan negara mempertaruhkan nyawa bagi memastikan rantaian virus pembawa maut ini terputus.

Sebagai penghargaan buat wira-wira negara ini, penyanyi dan komposer kelahiran Sarawak Ir Radzi tampil dengan karya terbaharunya 'Indahnya Ramadan'.

"Lagu ini tercipta ketika kita sama-sama diuji dengan pandemik COVID-19.

"Kita berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang banyak membantu kita menyokong dan memberi semangat kepada mereka sebab itu lagu Indahnya Ramadan ini amat bererti kepada kita semua di bulan Ramadan ini,” jelasnya kepada Astro AWANI.

Tambahnya 'Indahnya Ramadan' memberi definisi mendalam. Menyambutnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana membuka ruang buat umat Islam untuk lebih mengimarahkan bulan mulia ini dengan meningkatkan amal ibadah bersama ahli keluarga.

Menerusi lagu ini, Ir Radzi yang juga dekan bagi program Bakat Kamek turut berkolaborasi bersama salah seorang finalis program berkenaan, Mohd Aiman Rahimi.

Sumber: AWANI