WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

PEMERIKSAAN LEBIH RAPI PADA SEKATAN JALAN RAYA SEMPENA AIDILFITRI, GAWAI - AIDI

Polis Sarawak akan memperketatkan lagi pemeriksaan di setiap sekatan jalan raya di negeri ini


Back To Whats Hot

KUCHING: Polis Sarawak akan memperketatkan lagi pemeriksaan di setiap sekatan jalan raya di negeri ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak tahun ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail (gambar) berkata, ia bagi mengelak orang ramai mengambil peluang untuk balik ke kampung ketika musim perayaan itu. 

Malah, tambahnya, tindakan memperketatkan pemeriksaan di setiap sekatan jalan raya itu juga dapat mengekang individu yang tidak mempunyai permit pergerakan untuk merentas daerah. 

"Semua sekatan jalan raya akan membuat pemeriksaan dengan lebih rapi untuk mengelakkan mereka yang tidak ada kebenaran daripada merentas daerah. 

"Malah, kita juga telah memperketatkan kelulusan (permit pergerakan) untuk mengelak orang ramai mengambil peluang untuk balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai Dayak ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan agar orang ramai sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini. 

Dalam pada itu, Aidi menjelaskan, dari tempoh 13 hingga 17 Mei, sebanyak 30,782 permohonan pergerakan antara daerah diterima di Ibu Pejabat Daerah Polis di seluruh Sarawak. 

Tambahnya, daripada jumlah itu, sebanyak 28,657 permohonan diluluskan manakala selebihnya ditolak. 

Manakala sehingga Ahad, sebanyak 27,740 pemberitahuan sektor ekonomi yang telah dibuka diterima. 

Daripada jumlah tersebut, 20,240 adalah melalui dalam talian dan 7,500 melalui e-mel.

Sumber: Utusan Borneo
oleh Rusnan Mustafa