WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

UTC MIRI DIBUKA SEMULA DENGAN BEBERAPA PERKHIDMATAN DISEDIA

Pusat Transformasi Bandar (UTC) Miri dibuka semula kelmarin (15 Mei) setelah ditutup lebih dua bulan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan


Back To Whats Hot

MIRI: Pusat Transformasi Bandar (UTC) Miri dibuka semula kelmarin (15 Mei) setelah ditutup lebih dua bulan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menarik orang ramai menyelesaikan segala urusan tertunggak.

Mereka datang melakukan urusan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk beratur mengikut giliran dan pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis UTC selain mematuhi penjarakan sosial dan pemakaian penutup hidung dan mulut.

Perkhidmatan penting dibuka di UTC Miri ialah Sarawak Energy Berhad (SEB), LAKU Management, Majlis Bandaraya Miri (MBM) di bawah kerajaan negeri.

Namun demikian, perkhidmatan di bawah kerajaan persekutuan iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan klinik masih belum beroperasi.

Bagi mereka ingin memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan serta insurans dinasihatkan melakukan urusan itu di pejabat JPJ atau pejabat pos.

Sementara itu, Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin dalam kenyataannya memberitahu perkhidmatan penting beroperasi dibuka dari jam 8 pagi hingga 4 petang.

“Hanya 50 orang sahaja dibenarkan masuk pada satu-satu masa. Orang ramai hendaklah menunggu giiran masing-masing di zon ditetapkan di kanopi yang dipasang kipas.

“Tanda bagi penjarakan sosial juga disediakan dan orang ramai perlu melakukan saringan kesihatan dengan pemeriksaan suhu badan dan menggunakan cecair pembasmi kuman disediakan,” katanya.

Selain itu, orang ramai turut perlu memberi butiran nama penuh, nombor MyKad dan nombor telefon dicatat oleh petugas di pintu masuk.

Proses sanitasi dan disinfeksi premis dilakukan setiap hari selepas tamat waktu operasi jam 4 petang.

Sumber: Utusan Borneo