• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

AMALKAN NORMA BAHARU SEMASA SAMBUTAN GAWAI - DORIS

Ambutan Gawai tahun ini seharusnya dilakukan dalam rumah sendiri dan 'bilik' terutama bagi rumah panjang


Back To Whats Hot

KUCHING: Sambutan Gawai tahun ini seharusnya dilakukan dalam rumah sendiri dan 'bilik' terutama bagi rumah panjang, kata Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Doris Sophia Brodie.

Menurutnya, oleh kerana gaya hidup di rumah panjang sangat rapat, maka pergerakan sosial termasuk penjagaan kebersihan yang baik harus diutamakan.

"Gaya hidup yang sangat rapat di rumah panjang adalah kondusif bagi penyebaran virus COVID-19 dan sekiranya ia berlaku, kesannya akan menjadi teruk," katanya hari ini.

Menurut Doris, norma baru mungkin merupakan kejutan budaya bagi masyarakat Dayak kerana kebiasaan perayaan adalah meriah dan rancak seperti aktiviti minum tuak dari gelas yang sama, berjabat tangan, berkongsi perkakas semasa makan, yang mesti dielakkan.

"Justeru, kita mengingatkan masyarakat yang meraikan Gawai untuk tidak mendorong pengunjung atau ahli keluarga dari tempat lain pulang dan menyertai perayaan ini walaupun hanya untuk satu hari," katanya.

Beliau berkata semua orang mesti mengamalkan norma baru dan meletakkan keutamaan untuk memerangi wabak COVID-19.

Ujarnya, ia supaya perayaan Gawai yang menjadi agenda tahunan dapat diraikan dengan penuh kemeriahan pada tahun-tahun mendatang selepas wabak ini dapat ditangani nanti.

"Prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang diperkenalkan seperti 'ngabang' (berziarah) dan balik kampung adalah tidak dibenarkan dan hanya 20 orang yang merupakan ahli keluarga terdekat boleh berkumpul.

“Kita semua perlu membiasakan diri malah harus lebih berwaspada dan berhati-hati pada setiap masa termasuk mengehadkan kepada ahli keluarga terdekat iaitu kepada mereka yang tinggal di kawasan sama," katanya.

Beliau turut mengingatkan keselamatan diri dan keluarga adalah perkara terpenting yang harus diutamakan sekarang.

Sehubungan itu, katanya, pemimpin masyarakat dan ketua kampung perlu memainkan peranan mereka untuk membantu dan memberi kesedaran.

“Kini dengan adanya teknologi, ahli keluarga yang berada di tempat lain dapat berhubung sesama sendiri melalui persidangan video, panggilan telefon, WhatsApp dan lain-lain.

"Bagi mereka yang tidak dapat mengakses kemudahan internet, marilah kita saling mengingati antara satu sama lain melalui doa tulus ingatan. 

“Bertabahlah walaupun kita berjauhan, kita akan lebih selamat jika berada di rumah atau di tempat yang tertutup di mana COVID-19 tidak boleh disebarkan,” katanya.

Sumber: Utusan Borneo
oleh Marlinda Mardzuki