WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PEKERJA DOBI POSITIF COVID-19 SELEPAS SENTUH PAKAIAN TERCEMAR, JANGKITI 12 MANGSA LAIN

Saintis percaya seorang pekerja di sebuah dobi mungkin menjangkiti belasan pelanggan selepas mendapat virus COVID-19


Back To Whats Hot

Saintis percaya seorang pekerja di sebuah dobi mungkin menjangkiti belasan pelanggan selepas mendapat virus COVID-19 menerusi pakaian yang tercemar.

Wu Zunyou, seorang ahli epidemiologi dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China sedang mengkaji kes seorang pekerja dobi di bandar Shulan yang terletak di wilyah Jilin.

Pekerja wanita berusia 45 tahun itu dilaporkan mempunyai banyak kontak dengan pelancong Rusia antara 8 dan 30 April lalu.

Difahamkan wanita itu turut menjangkiti suami, tiga adik dan juga beberapa ahli keluarga lain.

Kajian menunjukkan kepekatan virus boleh menjadi sangat tinggi di bilik persalinan.

Namun pakar dari Suruhanjaya Kesihatan Nasional dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China dilaporkan sedang mengenal pasti punca jangkitan yang menjangkiti kesemua 13 mangsa.

Wu Zunyou berkata pekerja dobi terbabit mungkin bukan pembawa virus sebenar.

Katanya, wanita itu mungkin dijangkiti pembawa lain yang tempoh inkubasinya lebih lama atau tanpa gejala COVID-19

Sumber: mStar