WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

PENJAWAT AWAM, PERKHIDMATAN PENTING TIDAK PERLU MOHON PERMIT POLIS UNTUK RENTAS DAERAH - UGGAH

Penjawat awam serta perkhidmatan-perkhidmatan penting yang tinggal antara dua daerah di Sarawak tidak lagi perlu memohon permit daripada polis


Back To Whats Hot

KUCHING: Penjawat awam serta perkhidmatan-perkhidmatan penting yang tinggal antara dua daerah di Sarawak tidak lagi perlu memohon permit daripada polis untuk melakukan perjalanan rentas daerah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata penjawat awam atau pekerja dalam perkhidmatan penting berkenaan hanya perlu menunjukkan pas jabatan atau surat arahan daripada majikan untuk pergi dan balik kerja.

"Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berkuatkuasa semalam (Selasa) di mana pergerakan antara daerah di Sarawak perlu memohon permit daripada polis.

"Bagi penjawat awam dan perkhidmatan-perkhidmatan penting yang tinggal antara dua daerah seperti Kuching-Samarahan, Kuching-Serian, Bau-Kuching dan lain-lain mereka hanya perlu menunjukkan pas jabatan dan arahan daripada majikan yang membenarkan mereka bergerak dari satu daerah ke satu daerah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Sarawak hari ini.

Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak bagaimanapun menegaskan selain penjawat awam dan perkhidmatan-mereka penting, orang ramai yang hendak merentas daerah hendaklah memohon permit daripada polis.

Sumber: Utusan Borneo