WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

POLIS TUBUH 113 PASUKAN KHAS PANTAU PEMATUHAN SOP DI SARAWAK

Polis menubuhkan pasukan khas untuk memantau dan memastikan prosedur operasi standard (SOP)


Back To Whats Hot

KUCHING: Polis menubuhkan pasukan khas untuk memantau dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi di Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail (gambar) berkata pasukan-pasukan ini akan ditempatkan di setiap daerah untuk memeriksa semua sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi.

Menurutnya, sebanyak 113 pasukan khas ditubuhkan untuk penugasan tersebut.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan 113 pasukan petugas khas di setiap daerah untuk memantau dan memeriksa sektor-sektor yang diluluskan untuk beroperasi.

"Pasukan ini nanti akan pastikan sektor-sektor ini mematuhi SOP yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, pematuhan SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) juga akan dipantau.

Aidi selain itu, menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar PKPB yang mula dikuatkuasa polis di seluruh negara sejak 4 Mei.

"Fasa nasihat dan amaran berakhir, dan kini kita bersedia untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana yang ingkar," tegasnya.

PKPB diwartakan sebagai undang-undang pada 4 Mei lalu dan perlu dikuatkuasakan oleh polis di seluruh negara serta merta.

Kerajaan Sarawak bagaimanapun mulanya tidak bersetuju menguatkuasakan PKPB dengan meletakkan syarat agar SOP yang ditetapkan bersesuaian dengan negeri ini.

Hari ini merupakan hari pertama pembukaan sektor ekonomi di Sarawak.

Sumber: Utusan Borneo
oleh Jeremy Lanson