WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

PEMBUKAAN SEKTOR EKONOMI, JPBNS BINCANG DENGAN KETUA MENTERI

JPBNS akan mengadakan perbincangan bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengenai membenarkan sebahagian besar sektor ekonomi


Back To Whats Hot

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan mengadakan perbincangan bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengenai membenarkan sebahagian besar sektor ekonomi dibuka bermula 4 Mei di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak.

Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas (gambar) berkata beliau telah mengaturkan pertemuan bersama Ketua Menteri dalam masa terdekat bagi memutuskan sama ada Sarawak harus mengikuti kelonggaran baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

"Saya belum berbincang dengan Ketua Menteri jadi saya tidak dapat mengulas lanjut. Kita tunggu, saya telah menghubungi setiausaha peribadinya dan sekarang menunggu kesempatan untuk menemui beliau," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini.

Hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan di Malaysia akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa bermula 4 Mei, 2020.

Sementara itu Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berada di lapangan terbang hari ini bagi menyambut dan memantau pengurusan penerimaan kumpulan pertama pelajar Sarawak yang pulang dari Semenanjung.

Mereka adalah antara 7,000 orang pelajar Sarawak yang terkandas di universiti di Semenanjung sejak pelaksanaan PKP bermula pada 18 Mac lepas. 

Pagi tadi, menerusi penerbangan MH2524, seramai 287 penumpang yang juga merupakan pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris tiba di lapangan terbang di Kuching pada jam 12.20 tengah hari.

Sumber: Utusan Borneo
oleh Jessica Jawing