WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

PENGESANAN KES AKTIF COVID-19 DI KAMPUNG TABUAN

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak akan melaksanakan Operasi Pengesanan Kes Aktif (ACD) COVID-19 di Kampung Tabuan


Back To Whats Hot

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak akan melaksanakan Operasi Pengesanan Kes Aktif  (ACD) COVID-19 di Kampung Tabuan di sini.

Sekretariat jawatankuasa menerusi kenyataan hari ini berkata, ia bagi meningkatkan pengesanan kes kontak rapat di kawasan tersebut.

"JPBNS akan membuat operasi Pengesanan Kes Aktif di kawasan Kampung Tabuan, Kuching bagi meningkatkan pengesanan kes kontak rapat di kawasan tersebut," katanya.

Sebelum ini, jawatankuasa telah mengendalikan ACD di Kota Samarahan yang melibatkan Taman Desa Ilmu dan Taman Uni Garden yang telah dimulakan 28 April. 

Operasi bersepadu itu melibatkan 50 pasukan terdiri daripada 20 agensi kerajaan dengan dua petugas bagi setiap pasukan yang akan mengendalikan proses saringan atau mengenal pasti kes aktif dari rumah ke rumah.

Timbalan Ketua Menteri juga pengerusi JPBNS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebelum ini berkata kedua-dua kawasan berkenaan dipilih kerana dalam tempoh 14 hari yang lepas, terdapat 20 kes dilaporkan dan melibatkan dua kematian. 

Sementara itu, semalam beliau berkata operasi ACD bagi COVID-19 di Taman Desa Ilmu di Kota Samarahan dilanjutkan sehingga 3 Mei, berbanding rancangan asal tiga hari bermula 28 April hingga hari ini. 

Uggah berkata lanjutan ini diputuskan oleh JPBNS apabila hanya 20 peratus rumah dapat dikunjungi.

"Hasil daripada operasi ACD di Taman Desa Ilmu dan Uni Garden, bilangan rumah yang dikunjungi bermula 28 April hingga 29 April adalah sebanyak 2,288 rumah dengan 820 rumah berkunci. 

"Bagi bilangan orang yang dipanggil untuk menjalani pemeriksaan adalah seramai 221 panggilan dan yang telah disaring adalah seramai 124 orang,” katanya.

Sumber: Utusan Borneo
oleh Jessica Jawing