WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

PKP: MASIH ADA YANG DEGIL, 63 LAGI DITANGKAP DI SARAWAK

Polis menangkap 63 orang di seluruh Sarawak kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tempoh 24 jam dari 8 pagi semalam


Back To Whats Hot

KUCHING: Polis menangkap 63 orang di seluruh Sarawak kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tempoh 24 jam dari 8 pagi semalam sehingga 8 pagi hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail (gambar) berkata, daripada jumlah itu, Kuching kekal mencatatkan tangkapan tertinggi iaitu 27 orang dan diikuti Miri 23 orang. 

"Tangkapan lain direkodkan di Padawan seramai empat orang manakala Sibu, Sarikei, Saratok, Betong, Bau, Simunjan, Mukah, Lundu dan Kapit masing-masing mencatatkan satu tangkapan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Pada semalam, bagi tempoh masa yang sama, seramai 93 individu ditangkap kerana ingkar PKP yang mana Kuching merekodkan tangkapan tertinggi iaitu 50 orang dan diikuti Miri 14 orang.

Kesemua mereka yang ditangkap di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. 

Sejak PKP Fasa ketiga dilaksanakan yang akan tamat 28 April ini dan dilanjutkan lagi bagi fasa keempat dari 29 April sehingga 12 Mei nanti, polis tidak lagi mengenakan kompaun kepada mereka yang ingkar arahan tersebut. 

Sebaliknya, mereka yang ingkar akan ditahan dan direman, kemudiannya didakwa ke mahkamah.

Sumber: Utusan Borneo
oleh Rusnan Mustafa