WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

1413 DITANGKAP DI SARAWAK SEJAK PKP DILAKSANAKAN

Polis tetap komited menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha memerangi COVID-19


Back To Whats Hot

KUCHING: Polis tetap komited menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha memerangi COVID-19 dengan menyaksikan 85 orang lagi ditangkap di seluruh Sarawak dalam tempoh 24 jam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar (gambar) berkata dalam tempoh 8 pagi Selasa hingga 8 pagi hari ini tangkapan di Sibu ialah 24 orang; Kuching (19); Saratok (15); Miri (10); Kota Samarahan (6); Betong (3); Sarikei dan Simunjan, masing-masing dua orang; Bau, Lubok Antu, Tatau dan Dalat masing-masing seorang.

Jumlah yang didakwa di mahkamah bagi tempoh sama pula ialah 191 orang, katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Di Kuching 56 orang; Kota Samarahan (32); Padawan (31); Sibu (24); Miri (19); Serian (18); Meradong (9); Limbang dan Kanowit masing-masing seorang.

Sejak PKP dilaksanakan bagi mengekang penularan COVID-19, 1,413 orang ditangkap dan 859 didakwa di mahkamah di seluruh Sarawak.

Kadar pematuhan PKP di Sarawak ialah 97 peratus.

"Kita akan terus memeriksa pematuhan PKP menerusi sekatan jalan raya dan pemeriksaan mengejut. Ini adalah untuk kepentingan semua dalam usaha kita memerangi COVID-19," tegasnya.

Sumber: Utusan Sarawak