WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

TERIMA HAKIKAT RAMADAN KALI INI BERBEZA - TUN M

Sesi Bicara Santai #dudukrumah kendalian Siti Nurhaliza menampilkan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah, melalui siaran langsung di Instagram, pagi tadi


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat menerima hakikat sambutan Ramadan kali ini berbeza berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dr Mahathir berkata, rakyat perlu mengubah cara hidup dan amalan yang biasa dilakukan pada bulan yang mulia ini, sesuai dengan pematuhan PKP.

“Kita perlu terima hakikat puasa kali ini berlaku dalam tempoh PKP. Justeru, amalan penjarakan sosial perlu dilakukan. Ini secara tidak langsung menghalang kita untuk menunaikan solat tarawih (di masjid) atau mengadakan majlis buka puasa seperti yang kita lakukan sebelum ini.

“Namun, kita masih boleh mengerjakan ibadat itu tanpa sebarang halangan. Solat tarawih masih boleh dilakukan di rumah. Kita juga boleh memesan juadah berbuka yang kita suka atas talian.

“Apa yang penting, kita kena patuh arahan PKP supaya kita dapat membendung penularan wabak ini sekali gus membantu barisan hadapan demi masa depan negara,” katanya dalam sesi temu bual secara langsung bersama penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram (IG), pagi tadi.

Sesi wawancara itu turut menampilkan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir berkata, rakyat harus bersyukur dan sedar ujian yang dihadapi kecil jika dibandingkan dengan negara lain.

“Kalau kita lihat negara lain, ada antara mereka terpaksa berpuasa dalam keadaan yang tidak aman dan tenang akibat peperangan.

“Ini berbeza dengan situasi kita di sini yang masih boleh mengerjakan ibadat dengan tenang. Bersyukurlah kerana kita berada dalam negara yang aman. Kalau ada perbezaan pendapat, itu perkara biasa,” katanya.

Menerusi sesi Bicara Santai #dudukrumah kendalian penyanyi Anta Permana itu, Dr Mahathir turut berkongsi rutin harian sepanjang tempoh PKP.

“Sepanjang PKP, saya menghabiskan masa dengan membaca dan menulis. Saya juga mengamalkan senaman demi menjaga kesihatan.

“Apabila ada permintaan untuk ditemubual, saya akan cuba penuhi. Apabila ada benda baharu seperti ini, rasa seronok juga. Jika tiada, saya akan jalani rutin harian saya seperti biasa.

“Tak dinafikan, kadang-kadang ada juga rasa bosan,” katanya.

Selama sejam berlangsung, sesi bual bicara itu meraih lebih 2,000 penonton.

Sumber: Berita Harian
Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bh.com.my