WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

ADI PUTRA TUNAI HAJI DENGAN ISTERI PERTAMA

Pelakon Adi Putra berangkat ke tanah suci Makkah pada Isnin bersama-sama dengan isteri pertamanya bagi menunaikan ibadah fardu haji


Back To Whats Hot

Adi, 35 tahun; turut memuat naik gambar beliau dengan isterinya itu, Aida, 41 tahun menerusi laman Instagram beliau pagi 29 Ogos, menurut laporan Berita Harian.

Anak kelahiran Singapura dengan nama penuhnya Mohamed Hadi Putera Halim turut memohon agar segala salah dan silapnya dimaafkan.

Sebahagian peminat melahirkan rasa bersyukur dan mendoakan semoga urusan haji pasangan itu berjalan lancar.

“Assalamualaikum, kami mohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya ada kesalahan dan kesilapan. Dan kami ambil kesempatan di tanah suci untuk mendoakan kepada semua,” menurut catatan beliau.

Dalam pada itu Aida atau nama penuhnya Zuhaida Yusof turut dipuji kerana masih setia dan tenang di sisi Adi, meskipun suaminya baru sahaja mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Sebelum ini, Adi mencetuskan kontroversi apabila tersebar gambar beliau bernikah dengan wanita yang bernama Norshahida Zolkafly, 33 tahun pada 20 Jun lalu.

Semasa mengadakan sidang media khas di sini baru-baru ini, Adi mengaku sudah pun bernikah buat kali kedua.

 

Namun, tidak lama selepas itu, isteri keduanya dilaporkan antara 28 orang yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung sindiket penyeludupan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.