• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

MILEY CYRUS & LIAM HEMSWORTH DILAPORKAN BERKAHWIN SECARA RAHSIA

Miley Cyrus dilaporkan sudah berkahwin dengan teman lelakinya, Liam Hemsworth secara rahsia baru-baru ini


Back To Whats Hot
PENYANYI Miley Cyrus dilaporkan sudah berkahwin dengan teman lelakinya, Liam Hemsworth secara rahsia baru-baru ini.

 

 

 

Aceshowbiz melaporkan penyanyi itu dilihat memakai cincin perkahwinan di jari manis tangan kirinya ketika keluar makan malam bersama Liam di Malibu.

Pasangan itu dilihat berpegangan tangan dan ceria walaupun kehadiran mereka dikerumuni oleh paparazi yang mengejar mereka.

Malah Miley turut membatalkan kehadirannya pada Anugerah MTV yang berlangsung pada malam Ahad lalu dipercayai ingin mengelak daripada ditanya mengenai berita perkahwinan tersebut.

Bagaimanapun pasangan itu enggan mengulas mengenai dakwaan terbaharu itu.


Sumber: mStar