• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

ANAK NORA ARIFFIN MENINGGAL DUNIA

Allahyarham Muhammad Syakir Alif menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun pada pagi Sabtu


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun kehilangan suaminya, Johan Nawawi, penyanyi terkenal, Nora Ariffin sekali lagi diuji dengan dugaan apabila anak keduanya, Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu mengumumkan berita sedih itu di laman Instagram peribadinya sebentar tadi.

"Allah uji saya lagi, anak saya Alif Johan baru saja hembuskan nafas terakhir pada pagi tadi di rumah saya, akan dikebumikan secepat mungkin," kata Nora dalam nada sedih.

View this post on Instagram

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Allahyarham Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan, 20, pernah menyertai program realiti anjuran sebuah stesen televisyen.

Nora sebelum ini kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama pada 24 Mac 2017.

Sumber: AWANI