WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

KEJUTAN HARI KEANU REEVES? SEKUEL MATRIX DAN JOHN WICK MUNCUL SERENTAK PADA 2021

Sekuel filem aksi sci-fi The Matrix 4 dan siri filem pembunuh upahan John Wick: Chapter 4 akan ditayangkan pada hari sama 21 Mei 2021


Back To Whats Hot

Tarikh 21 Mei 2021 mungkin boleh digelar sebagai “Hari Keanu Reeves”.

Apa tidaknya apabila dua filem blockbuster lakonan pelakon popular itu bakal ditayangkan pada hari sama!

Perkara itu didedahkan menerusi satu muat naik di laman Instagram Rotten Tomatoes.

Menurut muat naik berkenaan, sekuel filem aksi sci-fi The Matrix 4 yang diterbitkan oleh Warner Bros dan siri filem pembunuh upahan John Wick: Chapter 4 yang diterbitkan oleh Lionsgate Studio akan ditayangkan pada hari yang sama.

"Tarikh Mei 2021 boleh dikenali sebagai ‘Hari Keanu Reeves’ kerana The Matrix 4 dan John Wick 4 dijangka akan ditayangkan pada hari berkenaan.

"Bersiap sedialah!" tulis pengendali akaun tersebut.

Walaupun tarikh berkenaan mungkin boleh diubah pihak produksi, rata-rata komen peminat menggambarkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menunggu tarikh berkenaan.

 

 

 

 

Nama pelakon kacak dari Kanada berusia 55 tahun itu kembali menjadi sebutan ramai apabila berita itu tersebar luas sehinggakan ramai yang menjadikan dia sebagai ‘meme’ di laman sosial.

Sumber: AWANI