WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SAYA TAK 'CARAS' IPPO HAFIZ - IR RADZI

Single terbaru iR Radzi turut menjadi pilihan penerbit sebagai lagu latar drama


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Sering tampil dengan lagu yang menjadi pilihan penerbit drama sebagai runut bunyi, penyanyi dan komposer, iR Radzi, tidak pernah terfikir untuk merampas kedudukan sesiapa.

Bagi pemilik nama lengkap Mohamad Shah Riadzi Jamali itu, rezeki setiap individu sudah tertulis dan dia hanya berusaha memberikan yang terbaik setiap kali tampil dengan karya terbaru.

“Saya mahu bersaing secara sihat dan tidak pernah terfikir ‘mencaras’ kedudukan komposer seperti Ippo Hafiz yang digelar sebagai Raja Runut Bunyi. Dalam bidang ini, jika mahu berjaya, kita perlu bekerja keras.

“Saya kagum dengan karya yang dihasilkan Ippo Hafiz, malah berharap kami berpeluang untuk bekerjasama kerana dia berbakat besar.

“Dalam berkarya, saya mementingkan keaslian sesebuah komposisi dan tidak mahu sentuhan dibayangi sesiapa,” katanya.

iR Radzi berkata, dia cuma berharap setiap karya yang dihasilkannya diterima baik pendengar, sekali gus melonjakkan semangatnya untuk terus mencabar diri sebagai komposer dan penyanyi.

“Saya temui kepuasan yang sukar diungkapkan apabila lagu mendapat maklum balas positif penerbit dan pengarah drama. Reaksi positif mereka sudah cukup membuatkan saya gembira,” katanya yang turut berbakat sebagai pelakon dan pengacara.

Anak kelahiran Kuching, Sarawak itu bersyukur, single terbarunya, Hanya Milikmu turut menjadi pilihan penerbit untuk menghiasi drama Setelah Ku Dimiliki, selain Empat Penjuru.

Ir Radzi mula menyerlah menerusi lagu ciptaannya, Sempurna pada 2015 yang menjadi lagu tema drama Teman Lelaki Upahan siaran TV3.

Tahun lalu, dia muncul dengan lagu Stay yang melatari drama seperti Cinta Roller Coaster, Biar Aku Jadi Penunggu dan Cikgu Dina Pakai Prada.

Sumber: Berita Harian