• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

HASRAT DUET DENGAN SUFIAN TINGGAL KENANGAN

Penyanyi Vroom Vroom itu berkata, tiada rezeki untuknya berpadu suara dengan Sufian


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Hasrat penyanyi, Nabila Razali, untuk berduet dengan bintang sensasi, Sufian Suhaimi, hanya tinggal kenangan.

Penyanyi Vroom Vroom itu berkata, tiada rezeki untuknya berpadu suara dengan Sufian apabila artis terbabit terlebih dahulu muncul dengan single duet, Takkan Merubah, bersama Amira Othman.

“Baru-baru ini, Sufian berduet dengan Amira menerusi lagu yang dijadikan runut bunyi sebuah filem. Projek berkenaan muncul secara tiba-tiba. Pihak saya sendiri mahukan nilai eksklusif dan tidak mungkin mengulangi perkara sama.

“Saya anggap, tiada rezeki untuk berduet dengannya, buat masa ini. Begitupun, jika ada ‘jodoh’, ia takkan ke mana. Siapa tahu andai ia tetap menjadi kenyataan pada masa akan datang?” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, Nabila pernah menyatakan hasrat untuk berduet dengan penyanyi Di Matamu itu, malah perkongsian gambar mereka di laman sosial turut mencetuskan gosip wujud hubungan mesra antara kedua-duanya.

Kata Nabila, kini dia berusaha mencari penyanyi lain untuk tujuan berkenaan.

“Sebelum ini, perancangan untuk berduet dengannya seperti menuju ke arah yang tepat. Malah, saya juga sudah mempunyai lagu ‘demo’, yang kemudian perlu ditukar kerana dilihat kurang sesuai. Nampaknya, perancangan untuk muncul dengan lagu paduan suara tidak terlaksana.

“Jadi, pihak pengurusan dan saya sendiri berasakan, elok jika tampil bersama single solo terlebih dahulu. Jika ada pun projek duet, ia mungkin bukan pada masa sekarang,” katanya.

Selepas hampir setahun tidak mempunyai lagu baharu, Nabila akui bukan mudah baginya mendapat material sesuai untuk diketengahkan.

“Tertekan juga sebenarnya untuk mencari lagu baharu. Apatah lagi apabila masa kurang menyebelahi diri. Bukan semua komposer faham kehendak kita.

“Saya sendiri sentiasa cuba memberikan kelainan setiap kali muncul dengan produk baharu, sejak daripada lagu Katakan Saja, Cemburu, Pematah Hati sampailah ke Vroom Vroom.

“Jadi, bagi single seterusnya, saya tetap mahukan sesuatu yang berbeza,” katanya.

Sumber: Berita Harian