WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

'ALIFF OKAY' - S HAFIZA

Aliff Aziz yang ditahan polis di Singapura dipercayai sudah dibebaskan


Back To Whats Hot

Penyanyi dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz yang ditahan polis di Singapura kerana didakwa mengganggu ketenteraman di tempat awam dalam keadaan mabuk semalam dipercayai sudah dibebaskan.

Ia berdasarkan video berdurasi empat minit 20 saat yang dimuat naik ibu penyanyi itu di Instagram, S Hafiza Basharahil hari ini.

Video itu memaparkan Aliff sedang mendukung anaknya, Ayden Adrean di rumahnya di Singapura dan turut kelihatan dalam video itu ialah bekas isterinya, Bella Astillah.

Menerusi video berkenaan, S Hafiza berkata, apa yang terjadi ada sebab tertentu dan hanya Allah SWT saja lebih mengetahui.

“Kepada yang bertanya mengenai anak saya, alhamdulillah berkat daripada doa orang ramai, dia okey. Selepas berjumpa anaknya malam tadi, Insya-Allah dia bertambah baik.

“Saya percaya setiap apa yang terjadi dalam hidup kita pasti ada sebabnya dan Allah saja yang tahu,” katanya.

Menurut Fiza, orang ramai tidak layak menghukum apa yang menimpa anaknya.

“Dengan rasa rendah hati, saya ingin berterima kasih atas setiap doa anda. Ia sangat berharga,” katanya.

Dalam video itu, Aliff memujuk anaknya yang menangis selepas diusik tidak akan dibelikan permainan.

“Daddy kacau saja sayang. Daddy tak marah, Daddy sayang,” kata Aliff.

Selepas itu kelihatan Ayden gembira apabila diberikan hadiah berupa beg Captain America dan permainan unicorn.

Bagaimanapun, menerusi status dimuat S Hafiza itu, tidak dinyatakan bila Aliff dibebaskan.

Sumber: Harian Metro