WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MY CHEMICAL ROMANCE KEMBALI DENGAN KONSERT 'RETURN'

Kepada peminat, tiket boleh mula dibeli pada Jumaat di laman sesawang AXS.com pada harga $149.50 (kira-kira RM624)


Back To Whats Hot

Ini pastinya berita gembira buat peminat kumpulan rock popular, My Chemical Romance (MCR)!

MCR mengesahkan akan kembali bersatu dan mengadakan persembahan sulung mereka sejak ahli kumpulan itu mengumumkan membawa haluan masing-masing pada tahun 2013.

Perkara itu diumumkan menerusi laman sosial Twitter MCR pada Khamis, memaklumkan kumpulan yang mencipta nama pada tahun 2000 itu akan kembali menemui peminat pada konsert yang berlangsung di Shrine Expo Hall, Los Angeles pada 20 Disember ini.

Rata-rata peminat dilihat meluahkan rasa teruja terhadap pengumuman tersebut, dan tidak sabar untuk menyaksikan persembahan kumpulan yang mencipta nama dengan lagu “Welcome To The Black Parade” itu.

MCR dianggotai oleh vokalis utama Gerard Way, pemain gitar bass Mikey Way, serta gitaris Ray Toro dan Frank Lero.

Selepas era MCR, Gerard dilaporkan menumpukan perhatian dalam bidang penulisan komik, selain mempunyai siri di Netflix, Umbrella Academy.

Sementara Frank, sibuk dengan siri jelajah kumpulannya, Frank Iero & The Future Violents.

Album terakhir mereka “Danger Days: The True Lives Of The Fabulous Killjoys” yang diterbitkan pada 2010.

Tahun lalu, saluran YouTube MCR memuat naik beberapa video never seen before MCR, sekali gus membuatkan peminat setia mereka teruja memikirkan kemungkinan kumpulan ini akan kembali bergabung.

Kepada peminat, tiket boleh mula dibeli pada Jumaat di laman sesawang axs.com bermula pada harga $149.50 (kira-kira RM625).

Sumber: AWANI