• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

CARMEN DELL’OREFICE MODEL PALING TUA DI DUNIA

IKONIK kelahiran Amerika Syarikat, Carmen Dell’Orefice yang berusia 85 tahun kini merupakan wanita paling tua di dunia yang menjadi peragawati


Back To Whats Hot


IKONIK kelahiran Amerika Syarikat, Carmen Dell’Orefice yang berusia 85 tahun kini merupakan wanita paling tua di dunia yang menjadi peragawati.

Kerjaya beliau sebagai model bermula sejak usia 13 tahun apabila menandatangani kontrak pertama dengan bayaran AS$7.50 (RM30.27) sejam.

"Saya mula menceburi industri ini apabila industri ini lahir selepas Perang Dunia Kedua," ujar Dell’Orefice.

 

 

"Disebabkan peperangan, wanita tidak boleh pergi ke Eropah dan memiliki pakaian 'couture'. Saya adalah sebahagian daripada era perkembangan couture Amerika (di mana pereka) melakukan rekaan mereka sendiri tanpa hanya bergantung kepada bakat-bakat dari Eropah."

Mengenai impak yang dibawakannya, tambah Dell’Orefice: "Saya berharap saya membantu wanita keluar dari kepompong penuaan, menjalani kehidupan mereka dan tidak cuba untuk bersaing antara mereka sendiri yang usianya lebih muda atau mana-mana usia sekalipun.

 

"Saya akhirnya mencapai satu titik kehidupan saya di mana saya mempunyai keunikan tersendiri," katanya.


Sumber: mStar