• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

ELFIRA DAPAT 'HERO'

Pelakon dan usahawan, Elfira Loy selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan, Elfira Loy selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di sini, pada jam 5.40 petang, semalam.

“Saya timang anak lelaki. Tetapi untuk butiran lanjut, suami beritahu, kena tunggu selesai urusan pendaftaran anak dan pelbagai keperluan lain.

“Alhamdulillah... Saya selamat melahirkan anak sulung secara normal pada jam 5.40 petang semalam.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya, suami dan anak” kata Elfira ketika dihubungi BH Online.

Berita gembira itu dikongsi Elfira melalui video pendek Boomerang yang memaparkan suami, Faris Khairol Anuar bersama putera tersayang.

Teman artis dan peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Mengenai detik indah bergelar ibu, Elfira mengaku insaf mengenangkan mulianya jasa ibu.

“Fasa baharu yang saya tunggu sejak memikul tanggungjawab sebagai isteri. Amanah ini akan saya pikul sebaik mungkin,” katanya.

Elfira dan Faris melangsungkan perkahwinan pada 1 Januari lalu.

Sumber: Berita Harian