WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

AMY SEARCH MOHON MAAF TIDAK HADIRI MAJLIS PENGEBUMIAN YAZIT

Vokalis Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy meminta maaf tidak dapat memberikan penghormatan terakhir kepada rakan seperjuangannya


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Vokalis Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy meminta maaf tidak dapat memberikan penghormatan terakhir kepada rakan seperjuangannya, Allahyarham Yazit Ahmad berikutan komitmen dengan sebuah program realiti di Jakarta, Indonesia.

Amy dalam satu kenyataan media memaklumkan, turut bersedih dengan kehilangan itu dan berharap keluarga bekas pemain dram kumpulan legenda itu tabah menerima ketentuan takdir.

“Semoga segala amalannya sepanjang di dunia diterima dan rohnya dicucuri rahmat. Saya meminta maaf kerana masih perlu melunaskan tanggungjawab sebagai pengulas bagi program Golden Memories Asia di Jakarta.

“Salam takziah buat seluruh keluarga Yazit dan semoga mereka tabah menghadapi pemergiannya,” katanya yang berada di Jakarta sejak kelmarin.

Yazit menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, jam 11.53 pagi tadi.

Allahyarham meninggal dunia selepas bertarung nyawa akibat kecederaan otak berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan.

Selain Amy dan Yazit yang juga pengasas Search, kumpulan rock legenda itu turut dibarisi Nasir (bass), Kid dan Din, selaku pemain gitar utama.

Sejak ditubuhkan awal pada 1980-an, mereka pernah menghasilkan 20 album dan nama Search meniti di puncak apabila populariti mereka turut menular di negara jiran, terutama Indonesia.

Antara lagu popular mereka, termasuk Isabella, Kejoraku Bersatu, Gadis Misteri, Fantasia Bulan Madu dan Rozana.

Sumber: Berita Harian