WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

YAZIT SEARCH MENINGGAL DUNIA

Pemain dram kumpulan rock legenda Search, Yazit Ahmad, 56 tahun telah meninggal dunia


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Pemain dram kumpulan rock legenda Search, Yazit Ahmad, 56 tahun telah meninggal dunia selepas menderita akibat kerosakan otak.

Allahyarham disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur sekitar jam 11.55 pagi tadi.

Rakan-rakan rapat Allahyarham turut mengesahkan doktor telah mengambil keputusan mencabut mesin bantuan hayat sekitar jam 8.35 pagi Khamis.Penderitaan yang dihadapi Allahyarham itu juga mendapat perhatian Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 12 Mei lalu, Ahli Parlimen Port Dickson itu mengunjungi Yazit di kediamannya dan menyampaikan sumbangan peribadi bagi meringankan beban yang ditanggung pemuzik itu.

Sebelum ini, Yazit telah dimasukkan ke HKL akibat jangkitan paru-paru dan telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik sejak beberapa tahun lalu.

Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi di Taman Melati, Gombak sebelum dikebumi sebelum solat Zuhur.

Al-Fatihah.

Sumber: AWANI