WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

OLABOLA THE MUSICAL DI KUCHING DARI 6 HINGGA 8 SEPTEMBER

Kuching merupakan lokasi kedua selepas Pulau Pinang untuk jelajah teater berkenaan


Back To Whats Hot

KUCHING: Teater OlaBola The Musical yang dipentaskan melalui Jelajah Olabola Merdeka akan menemui rakyat Sarawak di Stadium Perpaduan, di sini selama tiga hari mulai Jumaat ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pementasan teater yang membawa mesej utama mengenai perpaduan antara kaum di negara ini disokong penuh kerajaan negeri.

"Kita rasa amat teruja dengan pementasan teater muzikal ini kerana ia mengandungi pelbagai elemen di samping mesej utama tentang semangat perpaduan masyarakat majmuk Malaysia.

"Oleh itu, kita amat menyokong penuh acara ini yang ditayangkan selama dua jam setengah dan mengajak orang ramai untuk datang menyaksikan persembahan yang dibarisi kira-kira 50 pelakon hebat," katanya pada sidang media di sini, pada Selasa.

Turut hadir penerbit dan pengarah teater terbabit Tiara Jacquelina.

Kuching merupakan lokasi kedua selepas Pulau Pinang untuk jelajah teater berkenaan. Selepas ini teater berkenaan akan dipentaskan di dua lagi lokasi iaitu Kota Kinabalu dan Kuantan.

Sementara itu Tiara berkata berbeza dengan pementasan di tiga lokasi lain yang hanya dipentaskan dalam versi 'showcase' selama sejam, pementasan di Kuching akan dibuat dalam versi penuh selama dua jam setengah sepertimana dipentaskan di Istana Budaya.

Sumber: BERNAMA