WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

TAK SANGKA IMAM IKUT LAMAN SOSIAL - ALIF SATAR

Alif mengumpul kelompok peminat baharu selepas merakamkan lagu Sesungguhnya 2019


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Percubaannya bergabung dengan kumpulan nasyid, Raihan menerusi lagu Sesungguhnya 2019 pada Mei lalu tanpa disangka, menemukan Alif Satar dengan kelompok peminat baharu.

Seiring kematangan, Alif berkata, dia tidak mahu hanya terikat dengan genre pop dan R&B semata-mata, sebaliknya perlu berani mencari pembaharuan supaya terus relevan.

“Pada awal kemunculan, mungkin saya hanya selesa dengan genre muzik tertentu. Namun, seiring peredaran masa dan peningkatan usia, banyak perkara baharu yang saya ingin teroka, termasuk mempelbagaikan genre nyanyian.

“Apabila menjadi versatil, secara tidak langsung, kita berpeluang mengumpul kelompok peminat baharu. Saya dapati peminat lagu nasyid juga sudah mula mengikuti perkembangan saya di laman sosial, termasuk imam.

“Situasi itu membuatkan saya sedar, industri kreatif sebenarnya indah dan mampu memberi manfaat kepada orang ramai sekiranya dilakukan dengan ikhlas serta jujur. Lagipun, muzik tiada sempadan dan mampu menyentuh hati semua,” katanya

Selepas mencuri perhatian dan mencipta fenomena tersendiri menerusi Sesungguhnya 2019, Alif kini mempertaruhkan buah tangan terbaru, I Want You To Love Me yang diperkenalkan sejak akhir Julai lalu.

Ketika ini, tontonan video lagu ciptaan Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo dan Mike Chan itu sudah mencecah hampir 800,000, selain terpilih menjadi runut bunyi drama Kau Yang Pertama yang dibintangi Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim.

Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu berkata, I Want You Love Me adalah sentuhan ketiga dihasilkan Faizal selepas Sesungguhnya Aku dan Sebenarnya, duet bersama Siti Nordiana.

“Penghasilan single baharu amat penting sebagai kesinambungan kerjaya nyanyian. Saya mahu sentiasa aktif, tambahan pula suasana persaingan sangat menyeronokkan,” katanya.

Sumber: Berita Harian