WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

JASMINE MAHU BELAJAR MENYELAM KERANA SUFIAN SUHAIMI

Pelakon, Jasmine Suraya Chin, 29, mengakui persamaan antara dirinya dengan Sufian Suhaimi


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Pelakon, Jasmine Suraya Chin, 29, mengakui persamaan antara dirinya dengan Sufian Suhaimi membolehkan persahabatan mereka semakin akrab terjalin.

Katanya, dia kini mempertimbangkan perancangan untuk mendapatkan lesen menyelam bagi melakukan aktiviti riadah berkenaan di Pulau Tioman bersama penyanyi terbabit.

“Kami boleh rapat kerana banyak persamaan antara saya dengan dirinya. Kami sama-sama suka makan ikan singgang dan selepas ini, saya mahu cuba aktiviti menyelam pula.

“Sufian memaklumkan, Pulau Tioman antara lokasi cantik untuk aktiviti menyelam. Jadi, saya rasa nak mula belajar (menyelam) juga,” katanya ketika ditemui pada acara tayangan telefilem sempena Hari Merdeka, Back To You, di sini.


JASMINE berkongsi kejutan dilakukan Sufian ke atasnya di laman sosial Instagram, baru-baru ini. - Foto IG Jasmine Suraya Chin

Dalam naskhah bakal disiarkan 8TV pada 31 Ogos ini, artis kelahiran Sarawak itu membawakan watak gadis Tionghua yang dijaga keluarga Melayu.

Terdahulu, spekulasi mengenai hubungan mereka tercetus apabila Sufian memberi kejutan kepada Jasmine dalam sebuah acara, baru-baru ini.

Tidak berselindung, dia mengakui memang menyukai dendangan penyanyi itu, malah mengagumi suara dan kebolehannya mencipta lagu.

Ditanya sama ada dia bimbang dengan penularan gosip kononnya mereka bercinta, Jasmine dengan tenang menegaskan, dirinya tidak kisah berhadapan persepsi sesetengah pihak.

“Saya tidak perlu berasa gusar kerana kami cuma kawan baik. Saya pun ada mengajaknya keluar makan sebagai tanda terima kasih kerana memberikan kejutan kepada saya, tempoh hari.

“Saya sangat kagum dengan bakat dimilikinya. Setakat ini, tiada yang kecam melainkan doa yang baik-baik untuk kami,” katanya lagi.

Menyentuh watak gadis bernama Sofia dalam telefilem itu, katanya, berlakon di sisi pelakon hebat seperti Azizah Mahzan dan Remon Lim memberi 1,001 pengalaman berharga buatnya.

“Saya kagum dengan emosi diserlahkan mereka, begitu juga pelakon lain, hingga pada setiap babak saya menitiskan air mata tanpa dipaksa.

“Mungkin kisah ini juga seakan-akan mengembalikan memori saat pemergian ayah saya, lima tahun lalu. Jadi, emak tinggal bersendirian di Sarawak.

“Waktu itu, saya di ibu negara, namun kerap bertanyakan khabar emak di sana. Walau sentiasa mengatakan dirinya sihat dan baik, saya boleh rasa getar suaranya yang sunyi selepas ayah meninggal.

“Perasaan sayu mengenangkan emak antara faktor membuatkan emosi saya turut terkesan sepanjang membawakan watak Sofia,” ulasnya lagi.

Back To You berkisar mengenai wanita Tionghua yang terpaksa berpisah dengan bayi perempuannya berikutan kesempitan hidup.

Hampir 28 tahun berlalu, anak yang dipisahkan dengannya tanpa rela muncul di depan mata, tetapi perasaan si gadis cukup dingin terhadapnya kerana berasakan diri dibuang keluarga kandung.

Antara rindu, terseksa dan terpaksa ‘berdepan’ dengan dendam si anak, wanita kampung berjiwa kental itu cuba mengambil hati darah dagingnya dengan pelbagai cara.

Sumber: Berita Harian