• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

AKHIRNYA...THE ROCK TAMATKAN STATUS DUDA!

Dwayne yang sinonim dengan gelaran The Rock itu telah melangsungkan perkahwinannya di Hawaii


Back To Whats Hot

Pelakon dan bekas ahli gusti profesional, Dwayne Johnson menamatkan status dudanya apabila mengahwini teman wanitanya, Lauren Hashian pada Ahad lalu.

Dwayne yang sinonim dengan gelaran The Rock itu telah melangsungkan perkahwinannya di Hawaii.

Difahamkan, pasangan ini telah lama menjalinkan hubungan cinta sebelum ini.

"Dwayne dan Lauren bertemu pada tahun 2006 ketika penggambaran sebuah filem.

"Dwayne ada berkongsi beberapa foto menarik sekitar majlis perkahwinannya itu di akaun Instagram miliknya.

"Dipercayai, Dwayne dan bekas isterinya sebelum ini, Dany Garcia masih berkawan baik sehingga kini," kata sumber.

Terdahulu, Dwayne telah mengahwini Dany pada tahun 1997, namun rumah tangga mereka menemui titik noktah pada tahun 2008.

Sumber: AWANI