• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

FAZURA JUMPA 'HANTU FAZURA'?

Pelakon Nur Fazura mengalami pengalaman menakutkan ketika menjalani penggambaran filem Dendam Pontianak


Back To Whats Hot

Pelakon Nur Fazura mengalami pengalaman menakutkan ketika menjalani penggambaran filem Dendam Pontianak apabila terserempak seorang wanita berpakaian menyerupainya dalam filem itu, dua tahun lalu.

Fazura, 35, berkata, kejadian berlaku jam 3 pagi ketika dia bersama kru produksi berehat selepas menjalani penggambaran salah satu babak filem itu.

"Ketika sedang duduk bersama kru, mereka menyuruh saya melihat di belakang dan agak terkejut apabila melihat seorang wanita berpakaian menyerupai watak saya dalam filem ini.

"Wanita itu berkebaya putih manakala mukanya tertutup dengan rambutnya yang panjang mengurai dan duduk menghadap saya," katanya.

Fazura berkata, itu adalah pengalaman pertamanya berdepan situasi sedemikian apabila melakonkan watak hantu.

"Sebelum ini saya pernah melakonkan watak hantu dalam filem Kami Histeria, tetapi tidak mengalami sebarang masalah diganggu makhluk halus.

"Mungkin 'benda' itu datang singgah untuk melihat saya melakonkan watak dirinya. Namun, saya bersyukur kami semua tidak mengalami sebarang gangguan atau pun masalah lain," katanya.

Katanya, apabila pulang ke rumah perasaan itu tidak terbawa-bawa dan dia juga tidak mengalami sindrom terkejut atau demam seperti yang biasa dilalui orang lain.

"Alhamdulillah ketika pulang ke rumah saya mula-mula risau juga jika ia ‘mengikut’ saya, malah suami turut berpesan supaya saya membaca ayat Kursi," katanya.

Sumber: Harian Metro