WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SUFIAN SUHAIMI MINAT JASMINE SURAYA

Jasmine begitu teruja apabila penyanyi pujaannya, Sufian Suhaimi hadir memberikan kejutan pada majlis makan malam anjuran kelab peminatnya


Back To Whats Hot

Penyanyi Sufian Suhaimi telah menimbulkan spekulasi gara-gara melakukan kejutan buat pelakon Jasmine Suraya pada majlis makan malam anjuran peminatnya hujung minggu lalu.

Sufian yang mendendangkan dua buah lagu romantis termasuk lagu ‘berhantu’, Di Matamu pada acara makan malam sempena sambutan lima tahun penglibatan Jasmine dalam industri seni menjelaskan, hubungannya dengan pelakon jelita itu tidak perlu di jadikan bahan gosip.

Bagaimanapun jelas penyanyi berusia 27 itu, dia amat meminati dan kagum dengan bakat yang dimiliki Jasmine selaku seorang pelakon dan pengacara.

Selain itu, Sufian juga akan melancarkan sebuah buku puisi berjudul Senandika Sufian Suhaimi dan sebuah single terbaharu.

Kosmo!: Adakah Sufian mempunyai sebarang hubungan istimewa sehingga sanggup membuat kejutan buat Jasmine?

Sufian Suhaimi: Sebenarnya, saya hadir sekadar memenuhi jemputan. Jika kehadiran saya dapat membuatkan seseorang gembira, kenapa saya tidak lakukannya. Saya percaya, perkara ini telah diatur oleh pihak pengurusan saya dan dia (Jasmine).

Kebetulan, saya tidak ada komitmen lain, jadi tidak salah untuk memeriahkan lagi majlis ini. Secara kebetulan, Jasmine juga meminati lagu Di Matamu.

Adakah anda juga meminati Jasmine seperti dia meminati anda?

Saya memang tengok Liga Super Malaysia dan mengikuti sukan bola sepak negara.

Jasmine adalah antara pengacara yang saya suka lihat sewaktu dia mengacarakan sebuah program bola sepak.

Jika ada sebarang cerita atau gosip keluar mengenai kami disebabkan video kejutan ini, saya anggap hanya cerita biasa kerana tidak ada yang perlu dibimbangkan.

Tidakkah anda bimbang akan timbul gosip cinta selepas kalian kelihatan rapat sewaktu menyanyikan lagu Di Matamu pada acara tersebut?

Saya sebenarnya sendiri agak terkejut Jasmine begitu meminati lagu Di Matamu. Tidak sangka dia hampir menitiskan air mata sewaktu saya menyanyi untuknya. Bagaimanapun, jujur saya katakan, kami baru pertama kali berjumpa pada acara makan malam berkenaan. Namun, kami cepat mesra dan banyak perkara yang dibualkan.

Apakah perkembangan terbaharu anda?

Buku puisi yang memuatkan lebih 60 nukilan berjudul Senandika Sufian Suhaimi dijangka akan dipasarkan sekitar Oktober depan. Buku puisi ini adalah hasil kolaborasi saya dengan Universiti Utara Malaysia (UUM). Tajuk buku ini dipilih atas perbincangan bersama UUM yang akan menguruskan soal penerbitan dan pengedarannya.

Bagaimana pula dengan karier nyanyian?

Alhamdulillah, selepas Di Matamu rezeki saya semakin luas. Lagu Mencuba juga mendapat respons yang cukup baik daripada pendengar. Orang akan tetap bercakap tentang impak Di Matamu sepanjang kerjaya seni saya dan untuk itu, saya sangat terhutang budi terhadap lagu tersebut. Insya-Allah, lagu baru akan menyusul tidak lama lagi. Jika sudah ada perkembangan, saya akan kongsi dengan orang ramai.

Sumber: Kosmo Online