WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

'DAH MAAFKAN, TAPI TUNGGU TINDAKAN UNDANG-UNDANG'

Pelakon Indonesia, Raja Yunika Putri, menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Singapura pada 7 Jun lalu, berhubung kes kecurian


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Pelakon Indonesia, Raja Yunika Putri, memaafkan artis kontroversi berasal dari Singapura yang didakwa mencuri wangnya, namun menegaskan pelakon dan penyanyi itu perlu berdepan tindakan undang-undang berikutan laporan polis sudah dibuat.

Raja Yunika yang juga seorang ahli politik berkata, dia menyimpan segala bukti termasuk perbualan bersama artis terbabit yang mengaku melakukan perbuatan berkenaan, selepas laporan polis dibuat di Singapura, 7 Jun lalu.

“Laporan polis bukan boleh dibuat main-main. Saya juga tidak akan mempermainkan undang-undang. Selain laporan itu, saya simpan lagi pengakuan dirinya mengambil sejumlah wang milik saya.

"Dia mencabar saya membuat laporan (polis). Tetapi, selepas saya menyahut cabarannya, dia meminta saya menarik balik pula laporan itu kerana sudah mengakui perbuatannya,” katanya dalam pertemuan dengan beberapa wakil media, di sini, malam tadi.

Calon Wali Kota Pekan Baru bagi sesi 2020 itu singgah di Kuala Lumpur selama dua hari di atas tugasan rasmi selaku wakil Ketua Parti Golkar, sebelum terbang ke Singapura, Ahad ini, bagi membantu siasatan.

Terdahulu, kontroversi kes mencuri wang selebriti Indonesia itu hangat diperkatakan sejak minggu lalu apabila artis Singapura yang membina nama di Malaysia didakwa melakukan jenayah terbabit.

Begitupun, tiada pengesahan berhubung individu terbabit walaupun salinan laporan polis yang mengaitkan nama ‘AA’ bertebaran di media sosial.

Raja Yunika juga menangkis tuduhan sengaja mengada-adakan cerita atau cuba memerangkap artis berkenaan bagi meraih publisiti murahan.

Ditanya kenapa baru sekarang dia mendedahkan nama artis berkenaan, akui Raja Yunika, kesabaran dimilikinya sudah sampai ke kemuncak apabila dia pula dijadikan sasaran serangan warganet.

Sumber: Berita Harian