WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

DISNEY LANCAR TRAILER RASMI 'FROZEN 2'

Frozen 2 akan mula ditayangkan pada 22 Nov 2019. - Foto YouTube/Walt Disney Animation Studios


Back To Whats Hot

Disney melancarkan trailer rasmi filem dinanti ramai, Frozen 2, pada Selasa.

Dalam trailer berdurasi 1 minit 53 saat itu, Anna (Kristen Bell) dan Elsa (Idina Menzel) bersatu semula untuk satu pengembaraan jauh dari Arendelle, ke satu destinasi yang tidak diketahui.

Arendelle dipaparkan sekali lagi berada dalam bahaya.

Kristoff (Jonathan Groff) dan Olaf (Josh Gad) juga turut serta dalam pengembaraan itu, selain beberapa watak baharu yang lain.

Sekuel ini dijangka akan menjawab persoalan ramai tentang mengapa Elsa memiliki kuasa ajaib.

Filem pertama Frozen yang diterbitkan pada 2013 meraih kutipan lebih AS$1 bilion di seluruh dunia, selain turut menerima pencalonan Oscar untuk kategori Animasi Terbaik dan Lagu Asal Terbaik untuk "Let It Go."

Pada tahun 2018, filem itu diadaptasi ke pentas muzikal Broadway.

Frozen 2 akan mula ditayangkan pada 22 Nov 2019.

Sumber: AWANI