• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

HANEESYA HANEE BUKAN LAGI DEWI REMAJA

Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 bukan lagi milik Sharifah Haneesya Sayed Sahlan atau Haneesya Hanee


Back To Whats Hot

Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 bukan lagi milik Sharifah Haneesya Sayed Sahlan atau Haneesya Hanee.

Gelaran yang disandang Haneesya Hanee tidak sampai seminggu itu ditarik semula berikutan kejadian kontroversi video tular yang memaparkan aksi Haneesya dan dua finale Dewi Remaja Faizni Fazreen Fazeera Faizul dan Erni Nurshahira Khairul Nizam di sebuah kelab malam.

Menurut portal Remaja, penarikan itu dilakukan oleh pihak NU Ideaktiv Sdn. Bhd. selaku pemilik jenama Dewi Remaja.

Editor Majalah Remaja, Faiz Aimman berkata, penarikan tersebut dibuat selepas pihak pengurusan melakukan siasatan mendalam dan mendapati pemenang itu telah melanggar syarat penyertaan.

“Sebagai pemilik dan penganjur, kami menzahirkan rasa sedih atas apa yang telah terjadi. Namun pada masa yang sama, para peserta Dewi Remaja sudah sedia maklum akan syarat penyertaan seperti yang telah dinyatakan di dalam kontrak yang mereka tandatangani di mana mereka tidak boleh mempamerkan perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai,” katanya seperti dipetik portal Remaja.

Penarikan gelaran daripada gadis hitam manis yang berusia 19 tahun bersama dua finale Dewi Remaja itu sekali gus melarang mereka menggunakan sebarang gelaran finale Dewi Remaja bagi karier mereka di masa depan.

Dalam masa sama, tahun ini juga tiada gelaran bagi Dewi Remaja 2018/2019 dan Tia Sarah kekal di kedudukan kedua bagi pertandingan tersebut.

Sumber: Utusan Online