WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

OTAK DEPP 'MENDIDIH'

Depp memberitahu peminat pernah menaikkan suhu sauna hingga ke tahap maksimum iaitu 538 Celsius


Back To Whats Hot

Pelakon tersohor Johnny Depp dikhuatiri merosakkan otaknya kerana sering menghabiskan masa lama dalam sauna.

Portal E News melaporkan bintang berusia 55 tahun itu terlalu menjiwai wataknya sebagai Kapten Jack Sparrow dalam siri filem Pirates of the Caribbean.

Pada satu acara baru-baru ini, Depp memberitahu peminat pernah menaikkan suhu sauna hingga ke tahap maksimum iaitu 538 Celsius.

Menurut Depp, Kapten Jack menghabiskan sebahagian besar kehidupannya di laut dan banyak terdedah dengan cuaca panas melampau.

“Saya akan duduk dalam sauna selama yang boleh. Saya hanya akan keluar apabila badan rasa sangat panas hingga tidak tertahan, begitu juga otak saya,” katanya.

Ujar Depp, tahap kepanasan itu membolehkan dia membuat gaya berjalan di atas kapal.

“Apabila berada dalam kepanasan seperti itu, saya tidak boleh duduk diam. Namun, ianya lebih teruk sekiranya bergerak.

“Jadi, situasi itu seakan-akan buat otak Kapten Jack ‘mendidih’ apabila suhu terlalu panas,” katanya.

Pendedahan pelakon itu sekali gus mengundang pelbagai andaian bagi menjelaskan sikap peliknya sejak beberapa tahun lalu.

Malah, beberapa bulan lalu, Depp semakin kurus hingga ada peminat mendakwa pelakon itu sakit.

Bagaimanapun, sumber terdekat memberi jaminan pelakon itu dalam keadaan sihat.

Sementara itu, Medical News Today mengingatkan orang ramai supaya tidak menghabiskan masa terlalu lama dalam sauna kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi melampau, tekanan darah rendah dan kematian mengejut.

Sumber: Harian Metro