WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PEMERGIAN SALEEM SATU KEHILANGAN BESAR DALAM INDUSTRI

Allahyarham Saleem satu kehilangan besar kepada industri muzik tanah air kerana beliau adalah seorang penyanyi yang unik


Back To Whats Hot

Pemergian Allahyarham Saleem satu kehilangan besar kepada industri muzik tanah air kerana beliau adalah seorang penyanyi yang unik dan sukar dicari ganti.

Presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk DJ Dave berkata Saleem atau nama sebenarnya A.M. Salim Abdul Majeed mempunyai suara yang hebat selain mampu menyanyi secara ‘live’ dengan baik.

“Allahyarham apabila menyanyi secara ‘live’ dan rakaman, suaranya apabila didengar sama sahaja...ini tidak boleh diganti,” katanya ketika ditemui pemberita di surau As-Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras di sini, hari ini.

DJ Dave, penyanyi popular dekad 1970-an itu menyifatkan Allahyarham Saleem sebagai seorang peramah, mudah mesra dan sahabat yang baik.

“Saya terkejut mendengar berita pemergian Allahyarham..Kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat,” katanya.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez pula berkata, Saleem telah meninggalkan impak yang besar kepada industri muzik tanah air.

“Ini adalah satu berita yang sedih, terima kasih atas jasa kepada industri muzik dan beliau telah meninggalkan khazanah yang cukup hebat,” katanya.

Allahyarham Saleem meninggal dunia kira-kira 6 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras di sini.

Saleem, 57, yang popular dengan lagu ‘Suci Dalam Debu’, dimasukkan ke hospital akibat kemalangan jalan raya pada 20 Sept lepas yang antara lain menyebabkan kecederaan pada tulang rusuk.

Lebih 300 saudara, kenalan serta rakan artis hadir di surau berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir kepada Saleem sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 10, Cheras.

Sumber: Sinar Harian