WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

"AKU TAK PERNAH HUTANG SESIAPA" - AIMAN HAKIM BIDAS DAKWAAN FATHIA LATIFF

Aiman Hakim Ridza membidas dakwaan yang dilakukan oleh bekas kekasihnya, aktres Fathia Latiff


Back To Whats Hot

Pelakon filem "Kimchi Untuk Awak", Aiman Hakim Ridza membidas dakwaan yang dilakukan oleh bekas kekasihnya, aktres Fathia Latiff.

Menerusi sebuah entri di laman Instagram, Fathia memuat naik sekeping foto Aiman dan mendakwa Aiman tidak membayar hutang serta menggelarkan aktor itu dayus.

"Ni lagi sorang! Duit aku bila nak bayar? Pastu bila mintak duit block call. Kalau hensem takpe la jugak. Dayus detected #rempitmodeon," tulis Fathia.

Walaubagaimanapun, Fathia menutup ruangan komen di entri tersebut dan tidak lama kemudian, telah memadamkan entri terbabit.

Tidak berdiam diri, Aiman seakan menjawab tuduhan tersebut menerusi ruangan Instagram Stories miliknya.

 

 

 

 

Sementara itu, teman baik Aiman, pelakon Sharifah Sakinah serta pengarah Michael Ang tampil mempertahankan aktor tersebut.

Sebelum ini, Fathia pernah menjalin hubungan cinta dengan Aiman selama beberapa tahun tetapi jodoh mereka tidak berpanjangan.

Sumber: AWANI