WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SELENA GOMEZ HARAP JUSTIN BIEBER TAK JADI KAHWIN

Selena masih lagi tidak boleh menerima kenyataan mengenai pertunangan Justin dan Hailey dan dia juga berharap pasangan itu tidak jadi berkahwin


Back To Whats Hot

Penyanyi Selena Gomez sentiasa percaya dia adalah satu-satunya wanita yang akan berkahwin dengan Justin Bieber.

Menurut Hollywoodlive.com sumber terdekat memberitahu Selena tidak terfikir Justin akan berkahwin dengan Hailey Baldwin.

Selena masih lagi tidak boleh menerima kenyataan mengenai pertunangan Justin dan Hailey dan dia juga berharap pasangan itu tidak jadi berkahwin.

"Dalam diam, Selena berharap dan mendoakan agar Justin tidak akan meneruskan keputusan untuk berkahwin dengan Hailey.

"Masa yang membahagiakan Selena adalah ketika bersama Justin dan Selena sentiasa ingat yang dia akan berkahwin dengan Justin, bukan Hailey," kata sumber.

Sebelum ini, Selena dilaporkan terkejut dengan berita pertunangan bekas teman lelakinya dengan Hailey pada 7 Julai lalu.

Sumber: mStar