WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

'SAYA MALAS NAK ULAS KENAPA SAYA TINGGALKAN PRIME DOMESTIC' - AWEERA

Saya sebenarnya berat nak mengulas kerana Abang Joe sebagai ketua kumpulan dan pengasas Prime Domestic lebih layak bercakap


Back To Whats Hot

Penyanyi Aweera menjelaskan mengundur diri daripada kumpulan Prime Domestic sejak sebulan lalu.

Aweera atau Nasharul Aweera Noriyissham, 26 tahun, berkata, dia cuba merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan peminat tetapi malangnya ia sudah diperkatakan ramai pihak.

"Ya, saya menarik diri daripada kumpulan Prime Domestic sejak sebulan lalu.

"Ia bermula dengan penarikan diri Hillary Ang (pemain gitar) dan Fauzi (pemain bass) dan kemudian baru disusuli oleh saya.

"Saya sebenarnya berat nak mengulas kerana Abang Joe sebagai ketua kumpulan dan pengasas Prime Domestic lebih layak bercakap.

"Mungkin abang Joe akan buat sidang media khas menjelaskannya dan terserah kepadanya," katanya.

Aweera juga enggan menjelaskan cerita pengundurannya dan menganggap rezekinya tiada bersama kumpulan itu.

"Saya tak nak bergaduh dengan mana-mana pihak. Buat masa ini saya selesa bergerak solo dalam karier.

"Saya pernah dua kali bergerak bersama kumpulan dan selepas ini hanya berminat nak buat projek khas bersama mana-mana pihak," katanya.

Prime Domestic menjadi tumpuan peminat kerana tampil dengan pemuzik hebat dalam industri seni tanahair iaitu Joe (gitar), Hillary (gitar), Fauzi (bass), Ainol (dram) dan Aweera (penyanyi).

Anggota Prime Domestic masih kekal adalah Joe dan Ainol.

Sumber: Harian Metro