WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

IZARA AISHAH BUAT PENDEDAHAN KISAH PUNGGUNG BESAR

Izara turut memuat naik foto sebenar bentuk badan di laman sosial miliknya dan menjelaskan dia tidak pernah mengambil sebarang suntikan


Back To Whats Hot

Pelakon Izara Aishah mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyunting foto bagi memperlihatkan bahagian punggungnya kelihatan lebih besar.

Jelas selebriti berusia 26 tahun ini, realitinya dia tidak mempunyai bentuk punggung seperti itu.

"Foto ini mereka sunting bagi mengarut dan nampak begitu lucah. Hakikatnya punggung saya yang sebenar tidak kelihatan sebesar itu.

"Malah saya tak akan suka kalau ada bentuk sebegitu," tulis Izara menerusi laman Twitter miliknya.

Izara turut memuat naik foto sebenar bentuk badan di laman sosial miliknya dan menjelaskan dia tidak pernah mengambil sebarang suntikan untuk membesarkan bahagian tersebut.

 

 

Malah isteri kepada Adib Khalid ini juga turut berkongsi tips untuk mendapatkan bentuk tubuh yang cantik.

"Ini adalah foto sebenar. Tak sebesar itu. Jadi, makcik (netizen) berhenti membenci.

"Anda mahu badan kelihatan cantik, pergi bersenam dan upah pelatih yang bagus. Saya tak suntik. Suntikan rawatan vampire pun saya tak sokong," ujarnya.

Tambah Izara, dia sendiri melakukan senaman bahagian punggung selama tiga tahun.

"Saya pergi gimnasium selama tiga tahun dan menumpukan satu bahagian sahaja - punggung saya. Tak sentuh perut, tangan dan lain-lain.

"Saya hanya buat berat. Saya pernah gemuk. Bila berisi, senang nak buat bahagian punggung. Saya berhenti muay thai dan kardio. Saya janji," katanya.

Bukan hanya mendedahkan rahsia penjagaan tubuh, bintang utama Kau Yang Satu ini turut berkongsi rahsia memiliki bibir yang kelihatan seksi.

"Kenapa bibir saya kejap nampak besar kejap nampak kecik? Sebab....

 

 

"Kerana saya guna ini (gambar alatan) dan ia bertahan dua atau tiga jam. Left is my real lips. Right is after dah sedut and topped with my Madame Izara Harith (gincu).

"Dulu saya pakai penutup botol (ketawa) selama empat tahun. Kadang kala saya guna sehingga lebam dan luka," akuinya yang akan menyedut bibir kembali jika ia kembali ke bentuk asal.

Dalam perkembangan lain, Izara meluahkan rasa syukur apabila dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk Anugerah Telenovela yang akan berlangsung 28 Julai ini.

"Saya tercalon bersama Kak Ummi Nazeera, Kak Nabila Huda dan yang lain-lain. Alhamdulillah," tulisnya diikuti tanda pagar Anugerah Dari Juri Akhirnya.

Sumber: AWANI