WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

LAGU RAYA VERSI FATTAH

Fattah hadir dengan lagu raya yang diberi judul Syawal Kali Ini ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan


Back To Whats Hot

Tak banyak lagu raya generasi baru mampu menambat hati pendengar dan pencinta muzik tanah air.

Namun, Fattah Amin membuktikan ada beberapa formula dalam memastikan lagu raya generasi baru mampu mendapat tempat.

Terbaru, Fattah hadir dengan lagu raya yang diberi judul Syawal Kali Ini ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan.

Pertama kali mendengar lagu yang dilancarkan sejak beberapa minggu lalu itu, ia kedengaran sangat sinonim dengan suasana Aidilfitri.

Walaupun ia adalah lagu raya generasi baru, jelas kedengaran beberapa elemen tradisional yang tetap diterapkan dalam lagu itu.

Secara ringkasnya, Syawal Kali Ini berkisar mengenai kisah kekeluargaan. Fattah yang juga pengarah muzik video lagu itu mengangkat nilai itu di dalam klip video lagu itu.

“Saya menyelitkan elemen kekeluargaan kerana itu satu daripada perkara utama yang diangkat setiap kali menjelang Aidilfitri.

“Apa yang menarik, saya turut menampilkan ibu bapa dan anggota keluarga dalam video muzik itu, sekali gus menambah jiwa kepada lagu terbabit,” katanya.

Dari segi melodi, kemampuan Aizat dan Mel tidak perlu diceritakan lagi kerana tentunya ia adalah karya yang boleh diberi pujian.

Klip video Syawal Kali Ini dimuat naik ke YouTube sejak seminggu lalu dan sudah mencatat lebih 100,000 tontonan.

INFO:

LAGU: Syawal Kali Ini

PENYANYI: Fattah Amin

CIPTAAN: Aizat Amdan & Mel Ramlan

TERBITAN: Fattah Amin Management Sdn Bhd

EDARAN: Universal Music Malaysia

 

Sumber: HARIAN METRO