KUALA LUMPUR: Sempena Hari Raya Aildiftri, pasti ramai sanak saudara dan rakan taulan yang mengunjungi antara satu sama lain untuk mengeratkan silaturahim.
Begitu juga buat artis tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang melawat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini.
Dalam perkongsian terbaharu menerusi platform media sosial Twitter peribadi milik Mohamed Azmin, Siti bersama suami, Datuk Seri Mohamad Khalid Jiwa dan puteri sulung mereka, Siti Aafiyah hadir melawatnya dan isteri.
Tambah Azmin, kunjungan itu demi memperkukuhkan ukhuwah dan silaturrahim antara satu sama lain.
Saya dan Shida menerima tetamu istimewa petang ini @CTNurhaliza11 dan Dato’ Sri Khalid dan puteri sulong Siti Aafiyah sempena Eidul Fitri. pic.twitter.com/nm4tnTxXy4
— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) June 17, 2018
Terima kasih Dato’ Sri Khalid dan @CTNurhaliza11 yang sudi mengunjungi kami sempena Eidul Fitri. Memperkukuh ukhuwwah dan silaturrahmi.
— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) June 17, 2018
Bukan hanya Azmin, Siti dan keluarga turut menziarahi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Siti memuat naik foto bersama pemimpin tertinggi Pakatan Harapan itu menerusi Instagram peribadinya pada Ahad.
Pada Sabtu, Siti turut berkongsikan pertemuan antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarganya sempena bulan mulia ini.
Sumber: AWANI
I would love to receive more updates from CatsFM !