WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

AKSI MAT SABU PERGI KERJA SAMBIL POLIS PENGIRING, PENGAWAL PERIBADI TUNGGU, CUIT HATI NETIZEN

Mohamad Sabu keluar dari sebuah rumah teres yang dipercayai kediamannya yang terletak di Shah Alam, Selangor


Back To Whats Hot

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu bukan saja sering membuatkan orang ramai terhibur dengan ceramah politiknya tetapi aksinya ketika keluar rumah sebagai menteri juga menarik perhatian netizen di media sosial.

Menerusi perkongsian beberapa foto di media sosial hari ini kelihatan Mohamad Sabu atau lebih popular dengan gelaran Mat Sabu keluar dari sebuah rumah teres yang dipercayai kediamannya yang terletak di Shah Alam, Selangor.

 

 

Menariknya, beberapa orang pengawal peribadi dan polis pengiring menantinya di luar rumah untuk pergi ke pejabat.

Gambar yang dirakam sekitar 7.55 pagi tadi dikongsi Ahmad Sayuti Bashiron menunjukkan Mat Sabu tetap dengan kehidupan yang ringkas cuma bezanya kali ini, beliau ditunggu dan disambut polis pengiring dan pengawal peribadi bersama kenderaan rasmi kerajaan.

 

 

 

Mat Sabu yang merupakan Presiden parti Amanah dan juga Ahli Parlimen Kota Raja dilahirkan pada 14 Oktober 1954 pernah bersekolah di Pulau Pinang sebelum menyambung pengajian dalam jurusan makanan di Institut Teknologi Mara (kini dikenali Universiti Teknologi Mara).

Beliau mula menyertai politik menerusi parti Pas pada tahun 1981 sehingga menjadi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dari tahun 2013 sehingga 2015.

 

 

Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Ahmad Sayuti Bashiron - Facebook

Sumber: Awani