WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

PAKATAN HARAPAN SARAWAK JAMIN PROJEK LEBUH RAYA DITERUSKAN

Kerajaan Persekutuan juga mahu projek mega itu dapat disiapkan mengikut jadual


Back To Whats Hot

KUCHING: Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak, Chong Chieng Jen sebentar tadi memberi jaminan bahawa projek Lebuh Raya Pan Borneo yang bernilai RM16.49 bilion di negeri ini diteruskan.

Projek 11 pakej itu sebaliknya hanya akan diaudit semula dari aspek pelantikan kontraktor dan pemberian tender kontrak.

"Proses audit membabitkan kontraktor utama dan subkontraktor, terutama dari aspek pelantikan kontraktor dan proses tender kontrak.

"Kami mahu pastikan mereka yang melakukan kerja dibayar pada harga kontrak dan tidak mahu wang masuk ke dalam poket peribadi kroni," katanya pada sidang media Pakatan Harapan di Pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) di sini.

Tegasnya, Kerajaan Persekutuan juga mahu projek mega itu dapat disiapkan mengikut jadual.

Projek yang dilaksanakan oleh Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd ini merupakan projek mega di bawah kerajaan sebelumnya.

Dikendalikan oleh Kementerian Kerja Raya, projek ini merangkaikan Sematan hingga ke Lawas di Sarawak.

Sumber: Awani