WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

IKA NABELLA BAKAL DIIJABKABULKAN SABTU INI

PELAKON dan bekas pelajar Akademi Fantasia musim keenam, Ika Nabella bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya, Muhammad Zaid


Back To Whats Hot

Pasangan ini bakal dinikahkan di negeri kelahiran Ika iaitu di Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Ika mengakui dia kini berdebar menunggu saat untuk disatukan menjadi suami isteri.

“Saat ini, kami menunggu saja majlis dilangsungkan. Alhamdulillah, saya harap ia akan berjalan lancar dan semoga kami berdua akan berbahagia hingga ke syurga.

“Saya harap, semua dapat mendoakan yang baik-baik untuk saya dan bakal suami,”katanya kepada BH Online.

Menurut Nabila, majlis resepsi bagi pihaknya akan diadakan sehari selepas pernikahan, manakala di pihak pengantin lelaki akan diadakan di Kuala Lumpur pada 20 Ogos depan.

Berkongsi mengenai destinasi bulan madunya, Ika memberitahu belum ada kata putus namun mungkin akan berbulan madu sekitar September depan.

Pasangan ini ditunangkan pada 14 Mei lalu.

Terdahulu, nama Ika pernah menjadi perbualan hangat industri hiburan apabila dikatakan pernah ditumbuk oleh seorang pengarah terkenal di set penggambaran.

Sumber: MYNEWSHUB.CC