• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

DUA RAKAN ARTIS MAHU SAMAN FARID KAMIL, BERSIH NAMA

Dua rakan artis yang didakwa menganiaya Datuk Farid Kamil mahu mengambil tindakan undang-undang


Back To Whats Hot

Dua rakan artis yang didakwa menganiaya Datuk Farid Kamil mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon itu bagi tujuan membersihkan nama. Muhammad Akmal Arif Shamsul Kahar, mewakili Taj Innuendo dan Osh, berkata demikian menerusi laporan Projek MMO.

“Pihak Taj sedia memberikan kerjasama untuk membantu siasatan. Apa yang didakwa oleh pihak Farid tidak menjejaskan reputasi Taj, namun dia pun agak terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku”

“Kami amat menghormati lunas undang-undang dan apa sahaja informasi yang pihak polis perlukan untuk menyelesaikan siasatan ini, kami akan berikan,” jelasnya mengenai dakwaan terhadapnya.

Sebelum ini, Farid telah membuat laporan polis, mendakwa tiga rakan artis telah menganiaya beliau dengan memasukkan bahan terlarang dalam minumannya. Beliau juga mendakwa diberikan rokok disapu minyak dipercayai dadah.

Sumber: Rotikaya.com